Saturday, March 28, 2009

Apa itu jenama dan Pentingnya strategi pemasaran jenama

Menurut, Persatuan Pemasaran Amerika Syarikat (AMA), jenama boleh didefinisikan sebagai suatu nama, terma, petunjuk, simbol dan juga desain atau kombinasi kesemua sebagai identiti sesuatu barang dan servis perkhidmatan yang sebagai satu jualan atau banyak jualan yang memberi perbezaan dengan penjual yang lain.

Untuk memahami mengenai jenama, ia bukan sahaja untuk mendapat sasaran yang ditentukan dalama pasaran bahkan mendapat prospek dimana melihat hanya barangan keluaran anda dapat menyelesaikan masalah mereka.

Objektif penjenamaan barang supaya dapat dicapai;
  • penghantaran mesej adalah terang
  • Mudah difahami
  • keupayaan yang diyakini
  • perhubungan dengan prospek secara emosi
  • memberi galakkan kepada pembeli
  • kesetiaan pengguna yang kukuh
Untuk berjaya dalam penjenamaan , anda mesti faham tentang keperluan utama pelanggan dan juga prospek . Anda perlu lakukan ini perlu mengintegrasikan strategi penjenamaan dimana nama syarikat anda kukuh di konteks masyarakat.

Jenama anda akan terus di di dalam hati dan juga minda pelanggan, kliens dan juga prospek. Secara keseluruhan pengalaman dan persepsi mereka boleh dipengaruhi atau tidak.
jenama yang kukuh adalah suatu yang tidak ternilai sebagai saingan dalam pasaran dan ia mempengaruhi pelangan untuk membuat penilaian sesuatu barangan dan servis dari hari ke hari. Ia adalah penting kepada syarikat untuk memperuntukkan masa untuk membuat penyelidikan , mengenalpasti dan membina jenama anda. Selepas itu jenama merupakan sumber penting untuk diperkenalkan kepada pelanggan anda.Ia adalah asas kepada komunikasi pemasaran anda dan ia amat penting sekali.

Tuesday, February 10, 2009

Takaful

Industri kewangan islam telah berkembang pesat termasuk juga dalam bidang insurans islam iaitu Takaful. Takaful di ambil dari perkataan arab atas kata dasar " kafala" yang bermaksud untuk menjamin, menjaga dan memelihara. Oleh itu, " Takaful" diambil dari kata kerja ' takafala' yang bermaksud saling menjamin , menjaga dan memelihara.

Menurut akta Takaful 1984, ' Takaful' bermaksud satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta - peserta sama - sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Persoalan mengenai insurans konvensional dan takaful.

insurans konvensional yang berasaskan akad pertukaran pemilikan harta atau akad mu'awadat maliah di mana ia adalah akad jual beli. seperti yang kita tahu rukun akad jual beli mesti ada penjual , pembeli , barang yang di jual dan juga harga bagi barang yang dijual. Ini bermakna :-

1- penjual = syarikat insurans
2- pembeli = pencarum insurans
3- barang jualan = jaminan kewangan jika berlaku musibah
4- harga = harga yang dikenakan setahun

berdasarkan pada keempat rukun di atas , insurans konvensional mempunyai masalah dari segi barang jualan kerana pelangan membeli jaminan wang yang ditawarkan oleh syarikat insurans di mana berlakunya pertukaran ringgit dengan ringgit. Sepatutnya yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W iaitu serah terima dan jumlah yang sama, berdasarkan hadis yang bermaksud

" Apabila ditukarkan emas dengan emas (ditukar atau diniagakan perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangannya dan sukatannya, dan maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai ." (Riwayat Muslim ).

Namun perkara tersebut tidak berlaku kerana ;-

1) pencarum akan meletakkan wangnya pada hari ini, dan akan menerima jaminan kewangan apabila berlaku musibah pada dirinya. menurut pendapat ulama' ia di anggap riba an-nasi'lah ( bayaran tertangguh).

2) maklumat nilai yang diperolehi tidak begitu tepat. Ini kerana pencarum hanya memperolehi nilai apabila berlakunya musibah.Walaupun nilai tersebut diberitahu dalam skim namun begitu nilai tersebut tidak dapat di beri dengan tepat kerana musibah belum berlaku. di dalam akad jual beli seorang pengguna atau pembeli perlu mengetahui sesuatu barang atau servis dengan tepat tetapi di dalam insurans konvensional, keadaan tersebut tidak dapat dilakukan kerana musibah belum berlaku terhadap pembeli. keadaan ini disebut sebagai Gharar ( ketidaktentuan) kerana pembeli tidak pasti bila kan menghadapi kemalangan dan akan memperolehi jaminan kewangan tersebut.

3) di anggap judi kerana pihak pembeli meletakkan wang untuk memperolehi sesuatu yang tidak pasti. Dengan risiko wang yang diletakkan sama ada hangus atau tidak dikembalikan semula.

berbanding dengan syarikat takaful yang menukar daripada akad mu' awadah maliah ( pertukaran milik barang) kepada akad tabarru' at ( kontrak derma). akad tabarru' tidak memerlukan sesuatu jumlah itu dengan tepat berbanding akad jualbeli. misalnya apabila seseorang memberikan hadiah kepada seseorang. perlukah penerima tahu nilai hadiah tersebut? tentunya tidak, bukan. Begitu juga dengan menderma, nilainya tidak perlu ditentukan berbanding akad mu'awadah maliah kerana tidak banyak syarat untuk melaksanakan akad ini.

konsep Asas Takaful

konsep takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan salaing bekerjasama di kalangan peserta.

Al-Qasamah
-Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas. menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak 50 orang . jika tidak terdapat 50 orang maka orang berkenaan mesti bersumpah sebanyak 50 kali. Qasamah di wajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhannya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

Aqilah
-Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

Tabarru'
- Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks takaful, semua peserta bersetuju untuk saling bantu menbantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.

di dalam industri takaful , At-Tabarru, yang diperkenalkan ialah tabarru bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful sesuai denganrisiko yang dibawanya. pengendali menetapkan kadar tabarru' demi memastikan tabung tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak jejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. ini bberkonsepkan saling lindung - melindungi.

justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Al-Wakalah

Al- Wakalah bermaksud wakil- mewakil .
Al-Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara tertentu atau memberi kuasa kepada seorang wakil utuk menguruskan dan menjaga sesuatu perkara.

dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membut akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. di atas prinsip itu juga memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik wakil bagi pihak mereka , jika mereka memerlukannya.

pengendali takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak wakil. manakala wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta, tetapi menjadi wakil kepada pengendali takaful.

Mudharabah

mudharabah ( amanah berkongsi keuntungan ) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.

dalam kontrak takaful, pengendali takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan takaful. kontrak takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali takaful.

Friday, January 30, 2009

Click Here!

Friday, January 9, 2009